Catatan

Amalkan Habbatus Sauda Untuk Kebaikan Kesihatan

Imej
Habbatus Sauda  atau nama saintifiknya Nigella Sativa umumnya sudah diketahui ramai sebagai bijirin yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan zatnya adalah karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral lain (6%). Mineral lain termasuklah thiamin, niasin, kalsium, folasin, zink dan fosforus. Asid lemak terdiri daripada  asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan. Kehebatan jintan hitam ini sudah diakui sejak zaman-berzaman. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: “Gunalah habbatus sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat yang menyembuhkan pelbagai penyakit kecuali ‘as sam’ (mati).” Menurut kitab Kanun Perubatan Ibnu Sina, Habbatus Sauda didakwa bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan daripada keletihan...

7 Cara Atasi Rasa Kurang Keyakinan Diri

Imej
Berapa ramai di antara anda menghadapi masalah rasa kurang keyakinan diri atau kurang percaya dengan kemampuan diri sendiri? Masalah ini jika dibiarkan terlalu lama boleh mengundang situasi menjengkelkan. Contohnya sukar bergaul kerana merasakan diri tidak cukup menarik berbanding dengan orang lain atau tidak menyerlah di tempat kerja kerana berpendapat diri tidak cukup bagus berbanding rakan-rakan sekerja. Jadi, bagaimana boleh kita atasi masalah ini? 1) Hargai diri sendiri. Ingat, setiap individu punya kekuatan tersendiri. Ilmu yang anda ada mungkin tidak ada pada orang lain.  Jangan takut menyuarakan pendapat. Setiap pendapat tidak ada yang salah atau betul. 2) Jangan terlalu memaksa diri untuk menjadi seperti orang lain. Sempurna di mata anda, tidak semestinya sempurna di mata orang lain. 3) Hentikan hubungan dengan mereka yang sering  membuatkan anda berasa tidak selesa atau yang sering mengkritik kamu. Contoh, teman lelaki yang selalu membandingkan anda den...

Erti Syukur Yang Sebenar

Imej
Pernahkah sejenak dalam hidup kita, tercetus perasaan syukur terhadap ujian ataupun musibah yang terjadi kepada kita? Lazimnya sebagai manusia, kita sering bersyukur tatkala dikurniakan rezeki, mendapat kesihatan yang baik serta mendapat perkhabaran yang baik. Namun pernahkah kita bersyukur tatkala menerima ujian kecil mahupun berat yang diizinkan Allah SWT untuk terjadi kepada kita? Sebagai contoh, jika anda sedang diuji dengan kerja yang menimbun mahupun berasa lelah untuk bertahan, pernahkah anda terfikir betapa ramai lagi manusia yang ingin berada di tempat anda? Seringkali kita mendengar bahawa jika kita fikir sedang diuji dengan hebat, ada lagi manusia lain yang lebih hebat ujiannya. Untuk menghadapi segala ujian dan kesulitan ini, dekatkanlah diri dengan Maha Pencipta. Kadangkala ujian yang diberi adalah isyarat daripada Tuhan supaya kita sentiasa berdoa dan meminta kepadanya. Bukankah doa saat kita sedang melalui ujian yang berat itu lebih terasa keikhlasannya s...

Sakit Itu Penghapus Dosa, Syukur Dengan Ujian Allah

Imej
“Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya” – benar itu kata-kata yang sering kita dengar apabila berhadapan dengan ujian Allah. Hakikatnya, bukan mudah untuk mengawal kesedihan atau kesabaran apabila berdepan dengan sesuatu yang terduga seperti ditimpa penyakit kronik sama ada diri sendiri mahupun ahli keluarga. Lebih-lebih lagi jika doktor mengesahkan anda atau ahli keluarga sudah tidak punya banyak masa untuk bernafas di muka bumi ini. Jadi apa yang boleh dilakukan? Adakah perlu terus menangis atau cuba menyalahkan takdir? Jika anda seorang yang beriman, pasti anda reda dengan ketentuan Ilahi. Ambillah masa untuk bermuhasabah diri. Selain itu ingatlah, sakit itu penghapus dosa. Daripada menangisinya, lebih baik kita bersyukur kerana itu tandanya Allah menyayangi kita. Terdapat beberapa yang hadis yang menerangkan tentang perkara ini. Salah satunya, Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim:- “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan me...

7 Makanan Bantu Kurangkan Stress

Imej
Stress atau tekanan jika tidak diatasi dengan segera ia akan memudaratkan kesihatan fizikal dan mental. Jangan pandang enteng kerana lama-kelamaan ia boleh memakan diri sendiri. Selain mendapatkan rawatan kesihatan daripada profesional, anda juga boleh membantu diri sendiri dengan mengamalkan pemakanan bermanfaat untuk mengatasi stress. Jom periksa senarai makanan yang boleh dimasukkan dalam diet harian untuk membantu mengatasi masalah stress. 1) Kekacang Kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Zink adalah antara komponen yang diperlukan untuk melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stress seperti penyakit jantung. 2) Ikan laut dalam Ikan laut dalam seperti Salmon, Mackerel dan Sardin, serta ikan air tawar seperti Patin dan Haruan, adalah antara sumber makanan y...

Makan dan Minum Ikut Cara Nabi Untuk Kesihatan Sejahtera

Imej
Salah satu nikmat dunia adalah makanan yang lazat. Namun, itu bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja. Pemakanan yang tidak sihat atau tidak terkawal hanya akan mengundang kemudaratan kepada tubuh badan. Amalan pemakanan yang tidak baik terbukti boleh menyebabkan pelbagai penyakit merbahaya seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kerosakan buah pinggang, dan kanser. Dalam satu persidangan kesihatan, satu kajian yang dibentangkan menyatakan, salah satu penyebab manusia menghidap penyakit kronik pada zaman ini adalah budaya makan lewat malam. Sebelum tidur, masih mengambil makanan berat seperti nasi. Makanan itu tidak sempat hadam kerana secara purata, tempoh minimum untuk makanan dihadam adalah dua jam. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih memudaratkan dirinya selain daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan unt...
Imej
Isteri Sekarang Dah Tak Takut Dosa, Suka Buka Aib Suami Perselisihan faham merupakan asam garam kehidupan berumahtangga, sedangkan lidah pun tergigit inikan pula hubungan suami dan isteri. Oleh itu, setiap pasangan hendaklah saling mengalah dan bertolak ansur. Tapi, kalau dapat pasangan yang ego, degil dan kepala batu pun susah juga. Jom baca perkongsian wanita ini mengenai tips nak menjadikan suami ‘ikut cakap isteri’. Nampak simple, tapi penting! Bagaimana menjadikan suami anda “mengikut cakap isteri” Percaya tidak, di setiap perubahan suami adalah tanggunjawab isteri, secara jujur. Sebagai isteri pengorbanan yang dilakukan juga mestilah sama level macam mana suami buat. Kakfel tengok ramai isteri sekarang suka sangat sangat keras kepala dan ego, (kakfel dulu macam tu), mereka selalu lupa yang tempat isteri masih di bawah suami. Bagaimana nak membentuk suami menjadi baik adalah dengan menjadi isteri yang baik. Kakfel selalu tanam dalam diri, aku nak dia...